Travel Operations System
Prototaip sistem operasi untuk agensi outbound dan group tour, menyambungkan enquiry, costing, quotation, booking dan departure dalam satu workflow.
Ringkasan
Prototaip sistem operasi untuk agensi outbound dan group tour di Malaysia. Ia menyambungkan satu workflow: enquiry, costing dan margin, quotation, booking, dan operasi group departure.
Cabaran
Staf agensi terpaksa isi butiran trip yang sama berulang kali di WhatsApp, Excel, dokumen quotation, borang penumpang, tracker bayaran, rooming list dan checklist departure.
Penyelesaian
Enquiry direkod sekali dan digunakan semula di setiap langkah seterusnya. Mesej gaya WhatsApp yang di-paste ditukar jadi medan yang boleh diedit, kemudian terus digunakan untuk costing, quotation pelanggan dan booking tanpa perlu isi semula. Setiap group departure mengumpulkan penumpang, bayaran, rooming dan tugasan tertunggak, bersama peratus kesediaan.
Apa yang dibina
- Dashboard enquiry aktif, quotation yang menunggu jawapan, booking yang disahkan, departure akan datang dan bayaran tertunggak
- Rekod enquiry, termasuk tukar mesej gaya WhatsApp yang di-paste kepada medan yang boleh diedit
- Enjin kos dan margin: baris kos supplier, harga jualan daripada margin sasaran, dan senario bilangan penumpang dengan anggaran break-even
- Quotation builder yang tidak memaparkan kos supplier dan margin dalaman dalam versi pelanggan
- Tukar quotation kepada booking dengan butiran pelanggan, trip, tarikh, bilangan penumpang, harga dan itinerary dibawa terus
- Group departure: penumpang, tracking bayaran, rooming dan checklist kesediaan departure
Ini ialah prototaip yang dibina untuk menunjukkan workflow. Skrin memaparkan data demo rekaan. Sign-in, simpanan data kekal dan simpanan dokumen yang selamat ialah peringkat seterusnya.
- Kategori
- System Development
- Status
- Siap Dibina · Menunggu Deployment
Skrin utama
-
Enquiry daripada mesej yang di-paste -
Senarai enquiry -
Pipeline jualan -
Departure dengan tahap kesediaan -
Perkara yang perlu perhatian -
Navigasi workspace